Promosi Ekspo Dunia Shanghai sudah sampai ke kemuncaknya dengan perasmian "lawatan kereta berhias" di Shanghai hari ini.
Dalam tempoh 18 hari akan datang, empat buah kereta yang dihiasi gambar pelancongan ekspo dunia akan melalui Shanghai, Jiangsu, Anhui, Henan dan Beijing. Petugas di atas kereta berhias itu akan mengedarkan risalah promosi, menjelaskan produk pelancongan ekspo dunia dengan terperinci kepada penduduk bandar yang dilaluinya, bagi memudahkan para pengunjung ekspo.
Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China, Shao Qiwei berkata, China berharap agar menggunakan ekspo dunia yang bersepadu itu untuk mempamerkan pelancongan dan kebudayaan China.
Setakat ini, lebih 95% ruang ekspo dunia sudah siap dibina.