Cari:
Milan Giat Bekerjasama dengan Shanghai dalam Menjayakan Ekspo Dunia
2010-03-30 16:17:10 CRI Cetak

Kini hanya ada sebulan sahaja lagi menjelang perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Ekspo Dunia ini akan diadakan di Milan, kota yang digelar "ibu kota ekonomi" di Itali pula pada tahun 2015. Kini, sebuah syarikat, iaitu Syarikat Ekspo Dunia Milan yang terdiri daripada badan kerajaan dan syarikat negara itu telah ditubuhkan untuk melaksanakan kerja persiapan bagi ekspo tersebut. Ketika ditemubual oleh wartawan CRI baru-baru ini, pegawai eksekutif Syarikat Ekspo Dunia Milan, Lucio Stanca berkata, bahawa Milan kini giat melakukan pelbagai kerja persiapan bagi ekspo dunia itu, dan memberikan kerjasama yang rapat dengan pihak penganjur Ekspo Dunia 2010 di Shanghai untuik menimba pengalaman.

Lucio Stanca menyatakan bahawa, tema utama bagi Ekspo Dunia 2015 di Milan ialah "Memupuk Bumi, Memberikan Tenaga kepada Hayat." Menurut beliau, tema utama itu mempunyai erti yang amat penting dan juga menunjukkan kelebihan istimewa Milan dalam industri pertanian. Kata beliau: "Tema utama Ekspo Dunia 2015 di Milan cukup bermakna dari segi realitinya. 'Memupuk bumi" bermaksud segala usaha yang bersangkut paut dengan keselamatan bahan makanan. Kini, masih terdapat satu bilion umat manusia yang tidak mendapat bahan makanan yang mencukupi. Selain itu, penanaman dan pengeluaran pertanian perlu dilakukan dalam persekitaran yang sihat. Oleh itu, 'Memupuk bumi" mempunyai dua makna, iaitu menyelesaikan masalah kelaparan dan mewujudkan perkembangan industri pertanian secara berterusan di samping memelihara alam sekitar. Tema utama ini akan dijadikan panduan dalam sepanjang penganjuran ekspo dunia tersebut, iaitu daripada peringkat usaha reka bentuk dewan pamerannya hinggalah kepada masa pameran dibuka.

Menurut Encik Lucio Stanca, menimba pengalaman daripada penganjuran Ekspo Dunia 2010 di Shanghai amat penting bagi menjayakan Ekspo Dunia di Milan nanti. Oleh itu, mereka memberikan perhatian yang besar kepada Ekspo Dunia di Shanghai ini. Beliau juga akan menghadiri sendiri upacara perasmian Ekspo Dunia di Shanghai ini, sambil membuat tinjauan. Encik Lucio Stanca berkata: "Pada pendapat saya, kini semua syarat dan keperluan untuk menjayakan Ekspo Dunia di Shanghai ini sudah ada. Oleh itu, kami berharap dapat menimba pengalaman daripada pihak penganjur ekspo ini. Ekspo Dunia di Shanghai ini 4 hingga 5 kali ganda lebih besar berbanding dengan ekspo yang akan diadakan di Milan. Tema utama kami juga berbeza daripada tema Ekspo Dunia di Shanghai ini. Semua kerja persiapan bagi Ekspo Dunia 2015 di Milan akan dimulakan secara rasmi pada bulan November nanti, iaitu selepas berakhirnya Ekspo Dunia 2010 di Shanghai omo. "

Encik Lucio Stanca menambah, kini Milan dan Shanghai telah mengadakan kerjasama dalam usaha penganjuran Ekspo Dunia. Kata beliau: "Berdasarkan tema utama Ekspo Dunia di Milan, universiti di kedua-dua bandar ini telah bekerjasama untuk menawarkan kursus jurusan pemakanan peringkat sarjana. Di samping itu, walaupun Ekspo Dunia di Shanghai ini masih dalam fasa persiapannya, kami tetap menjalinkan hubungan yang rapat dengan wakil-wakil Ekspo Dunia baik di Paris wahupun di Shanghai demi menimba pengalaman daripada kejayaan Ekspo Dunia di Shanghai ini nanti."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China