Biro Pelancongan Negara China bekerjasama dengan 7 provinsi dan bandar termasuk Beijing, Shanghai dan Jiangsu menganjurkan aktiviti promosi 'malam melawat Ekspo Dunia 2010" di Makau malam semalam.
Ketua delegasi yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hong Kong, Makau dan Taiwan Biro Pelancongan Negara China, Man Hongwei menyatakan, Ekspo Dunia 2010 di Shanghai akan menyediakan peluang baru untuk menggalakkan kerjasama pelancongan antara Tanah Besar dengan Makau. Naib Ketua Pengarah Biro Pelancongan Makau, Puan Maria Helena de Senna Fernandes pula melahirkan harapan dengan peluang ini, akan mewujudkan keadaan yang saling menguntungkan iaitu lebih ramai penduduk Makau melawat ke Shanghai manakala para pelancong dalam Ekspo Dunia 2010 pula melawat ke Makau.