Naib Datuk Bandar Shanghai yang juga Naib Ketua Pengarah Tetap Jawatankuasa Eksekutif Ekspo Dunia 2010 Shanghai, Yang Xiong semalam menegaskan, Ekspo Dunia 2010 tidak akan menjadi ekspo yang biayanya paling tinggi dalam sejarah, pihaknya akan berusaha mewujudkan keseimbangan pendapatan dan belanja.
Ketika diwawancara oleh pemberita dari dalam dan luar negara, Yang Xiong menegaskan, perbelanjaan untuk ekspo kali ini mencatat 28.6 bilion yuan RMB. Laporan yang menyebut biayanya melebihi 400 bilion yuan RMB adalah tidak berasas. Beliau berkata, peruntukan untuk memperbaiki kelancaran lalu lintas dan pelbagai bidang yang lain merupakan kandungan Rrancangan Pembangunan Lima Tahun ke-10 dan ke-11 Shanghai, tujuannya untuk memenuhi permintaan pembangunan bandar. Andainya ekspo tidak diadakan di Shanghai, projek-projek tersebut tetap dilaksanakan.
Beliau berpendapat, penganjuran Ekspo Dunia akan membawa kesan mendalam kepada bandar tuan rumah. Manfaat yang dibawa oleh Ekspo Dunia 2010 kepada Shanghai dan China tidak boleh diukur hanya dengan data ekonomi.








