Cari:
Pembinaan Taman Ekspo Dunia 2010 Shanghai Masuk Tahap Terakhir
2010-04-01 10:20:48 CRI Cetak

Hari ini merupakan kira detik ke-30 hari perasmian Ekspo Dunia 2010 Shanghai, pembinaan pelbagai projek dalam Taman Ekspo Dunia telah memasuki tahap terakhir. Antaranya, 70% dewan pameran akan beroperasi secara percubaan mulai 20 April nanti. Lebih 200 orang sukarelawan telah memulakan perkhidmatan mereka dalam taman tersebut. Setelah Ekspo Dunia 2010 dirasmikan, lebih 70 ribu orang sukarelawan akan memberikan perkhidmatan penterjemahan dan pelbagai bantuan dalam taman itu.

Selain itu, beberapa projek infrastruktur dalam bandar Shanghai juga akan siap berturut-turut dalam tempoh terdekat. Pihak penganjur telah pun mengadakan Minggu Promosi Ekspo Dunia 2010 Shanghai di lebih 20 negara. Lebih 22 juta tiket Ekspo Dunia 2010 telah dijual. Lebih 12 ribu orang pemberita dari dalam dan luar negara telah mendaftar untuk datang ke Shanghai dan membuat laporan mengenai Ekspo Dunia 2010.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China