Cari:
Kawalan Keselamatan Sempadan bagi Ekspo Dunia Shanghai Berada di Peringkat Akhir
2010-04-01 14:47:13 CRI Cetak

Untuk menjamin tahap keselamatan yang tinggi di laluan keluar masuk sempadan Shanghai semasa Ekspo Dunia 2010 Shanghai berlangsung, perkhidmatan kawalan keselamatan yang khusus bagi Ekspo Dunia akan dilaksanakan oleh Jabatan Kawalan Keselamatan sempadan Shanghai di laluan keluar masuk sempadan yang terletak di 6 buah pelabuhan. Anggota polis dari 6 buah stesen kawalan keselamatan sempadan di pelabuhan-pekabuhan tersebut mulai bertugas dengan memegang senjata. Ini menandakan kawalan keselamatan sempadan Shanghai berada dalam peringkat terakhir menjelang Ekspo Dunia.

Pihak polis memberitahu wartawan bahawa stesen-stesen kawalan keselamatan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan, selain menjalankan kawalan keselamatan di laluan sempadan. Perkhidmatan tersebut termasuk membuka perkhidmatan talian penting selama 24 jam setiap hari, meletakkan pusat kaunseling di pelbagai laluan keluar masuk sempadan yang menyediakan khidmat kaunseling kepada warga China dan warga asing yang melawat Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah perkhidmatan segera serta perkhidmatan menyelamat. Seandainya terdapat keperluan mendesak, jabatan kawalan keselamatan sempadan akan membuka " Laluan Hijau" untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China