Kereta Karavan Pelancongan Ekspo Dunia 2010 di Shanghai tiba di Beijing hari ini. Sementara itu, Biro Pelancongan Negara China memulakan aktiviti mingguan promosi pelancongan di Ekspo Dunia 2010. Aktiviti ini akan dilaksanakan bersama di 100 bandar di China pada minggu akan datang.
Kerata Karavan tersebut bertolak dari Shanghai pada 18 Mac dan tiba di Beijing selepas perjalanan 18 hari. Pihak penganjur memperkenalkan laluan dan acara pelancongan di Ekspo Dunia Shanghai kepada para penduduk dalam perjalanan ini.