Pusat Pendaftaran Media Ekspo Dunia Shanghai telah menerima permohonan dari 14 ribu orang pemberita untuk membuat liputan dalam ekspo itu setakat ini, antaranya 3401 orang pemberita dari seberang laut. Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jabatan Ekspo Dunia Shanghai, Zhu Yonglei hari ini.
Beliau menyatakan bahawa pusat tersebut akan mengeluarkan kad pendaftaran kepada media China dan luar negara bermula pada pukul 9.00 26 April. Pusat Penerangan Ekspo Dunia Shanghai akan dibuka secara rasmi pada 27 April, seramai 800 orang pemberita boleh membuat liputan di sana.








