Cari:
Ekspo Dunia Shanghai Tawar Peluang Perniagaan Besar kepada Syarikat Singapura
2010-04-05 14:49:35 CRI Cetak
Penganjuran Ekspo Dunia 2010 di Shanghai benar-benar menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada syarikat Singapura, terutamanya syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Demikian kandungan rencana yang diterbitkan dalam akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini.

Seorang pegawai kanan daripada Perusahaan Antarabangsa (IE) Singapura berkata, beberapa syarikat dari Singapura yang terlibat dalam sektor jualan runcit, pelancongan, restoran dan perkhidmatan, sudah membuka cawangan di kawasan timur China. Mereka telah bersiap sedia untuk menyertai Ekspo Dunia di Shanghai. Sementara itu, usaha sedang giat dilakukan untuk membantu industri makanan dan pakaian memasuki pasaran China.

Menurutnya, aktiviti "Sedapnya Makanan Sin Chew" yang dilancarkan oleh Singapura di Shanghai tahun ini, justeru untuk mempromosi lebih 30 buah syarikat pengeluar makanan sepanjang berlangsungnya ekspo yang berprestij itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China