Ekspo Dunia 2010 di Shanghai akan dirasmikan tidak lama lagi. Dijangka, ekspo kali ini akan menarik kira-kira 70 juta pengunjung. Kini, industri pelancongan Shanghai telah bersiap sedia untuk ekspo itu.
Kini, agensi pelancongan yang dilantik oleh Ekspo Dunia berturut-turut menawarkan beberapa pakej pelancongan yang mempunyai ciri-ciri Eskpo Dunia.
Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada para pelancong dari pelbagai tempat di dunia, pihak penganjur akan menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam berbelas-belas jenis bahasa sepanjang ekspo tersebut berlangsung.
Dimaklumkan, untuk menghadapi hari puncak pelancongan yang akan tiba, Shanghai menyediakan 500 tempat penginapan "keluarga Ekspo Dunia" dan 200 tempat penginapan "keluarga desa Ekspo Dunia" secara berkumpulan pertama. Shanghai juga telah menandatangani perjanjian penginapan dengan bandar-bandar di sekitarnya, yang akan menyediakan lebih 200 ribu buah katil untuk Ekspo Dunia.