Pusat Penerangan Ekspo Dunia 2010 Shanghai mengadakan sidang akhbar pertama semalam untuk memaklumkan perkembangan terbaru perkhidmatan media ekspo itu. Sekarang, dewan-dewan utama perkhidmatan media telah siap dibina.
Menurut laman web rasmi Ekspo Dunia Shanghai, dewan-dewan tersebut termasuk Pusat Penerangan, Pusat Penyiaran dan TV Antarabangsa (IBC), Pusat Penerangan Cawangan Puxi dan Pusat Pendaftaran Media. Antaranya, Pusat Penerangan terletak di barat Wisma Pusat Ekspo Dunia yang boleh memuatkan 800 orang wartawan pada masa yang sama, dan IBC menyediakan 18 buah saluran isyarat.
Sidang akhbar itu juga mengumumkan pelan operasi Pusat Penerangan. Operasi ujian akan dijalankan dari 20-26 April; manakala, bermula 27 April nanti, ia akan dibuka kepada pihak media.