Badan pentadbiran dan syarikat di provinsi Anhui, Zhejiang dan Jiangxi telah mencapai persefahaman untuk bekerjasama untuk menguruskan perjalanan pelancongan yang baru, saling mempromosi destinasi pelancongan, dan membuka cawangan agensi pelancongan antara satu sama lain. Dimaklumkan, destinasi pelancongan yang baru, termasuk Gunung Sanqing-Wuyuan-Jingdezhen, Gunung Huangshan-Wuyuan, dan Wuyuan-Tasik Qiandao-Gunung Huangshan.
Berdasarkan analisis oleh Tokoh-tokoh industri pelancongan, dijangka Ekspo Dunia 2010 di Shanghai akan menarik kunjungan 70 juta pelancong. Oleh itu, ketiga-tiga provinsi tersebut yang terletak di sekitar Shanghai mengadakan kerjasama untuk menarik lebih ramai pelancong.