Sebagai dewan pameran tuan rumah Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, Dewan Pameran Shanghai telah siap dibina semalam. Pembinaannya dengan menggunakan komunikasi penglihatan moden yang menggabungkan teknologi dan seni serta banyak aktiviti interaksi itu memperlihatkan tema "dunia baru yang abadi".
Dewan Shanghai terdiri daripada tiga bahagian, iaitu dinding luar, kawasan menunggu dan ruang dalam. Pengunjungnya dapat mengetahui kepesonaan bandar Shanghai menerusi lebih 15,000 keping gambar pada dinding luar dan latar berwarna-warni di kawasan menunggu. Selain itu, ruang muzik gambar digital dalam dewan tersebut pula akan mewujudkan imej skrin bundar dengan 360 darjah.