Cari:
Tanah Besar China dan Taiwan Cadangkan Kapal Terbang Sewa Khas Sementara untuk Ekspo Dunia
2010-04-14 15:18:15 CRI Cetak
Jurucakap Jabatan hal-ehwal Taiwan Dewan Negara China, Fan Liqin hari ini berkata, kedua-dua pantai selata Taiwan dan Tanah Besar boleh mengeluarkan perkhidmatan kapal terbang sewa khas sementara antara Shanghai dan Taibei bagi memudahkan penduduk Taiwan melancong ke Ekspo Dunia 2010 di Shanghai.

Menurut beliau, Tanah Besar akan mengundang tokoh-tokoh terkenal dari pelbagai kalangan Taiwan untuk menghadiri upacara perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Bank of Communications dari Tanah Besar akan melancarkan urusan pertukaran Dollar Taiwan Baru (TWD) di Shanghai beberapa hari kebelakangan ini supaya memudahkan pelancong Taiwan untuk menukar wangnya.

Beliau menegaskan lagi, pihak penganjur Dewan Taiwan dalam Ekspo Dunia 2010 adalah Pusat Perdagangan Dunia Taipei. Inilah kali pertama Taiwan menyertai Ekspo Dunia sejak 40 tahun yang lalu. Kami seharusnya menghargai kejayaan ini kerana ia merupakan hasil dari hubungan Tanah Besar dengan Taiwan yang semakin diperbaiki.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China