Sepanjang Ekspo Dunia 2010 di Shanghai berlangsung, Taman Ekspo Dunia menubuhkan pusat perkhidmatan hak harta intelek. Pusat ini menyediakan perkhidmatan nasihat terperinci mengenai hak harta intelek terhadap para pempamer pelbagai jenis pameran, antaranya termasuk khidmat konsulat, pengurusan kad pengenalan dan lesen penggunaan hak cipta serta menangani pertikaian. Kerajaan Shanghai akan menggunakan talian penting aduan dengan nombor 12330, yang disediakan oleh Biro Perlindungan Hak Harta Intelek Negara bagi menerima aduan dan tuduhan hak harta intelek serta menyerahkan maklumat tersebut kepada badan penguatkuasaan undang-undang.