Cari:
Sukarelawan Ekspo Dunia 2010 di Shanghai Mengangkat Sumpah Jawatan
2010-04-17 14:33:02 CRI Cetak

Hari ini 17 hb April, kira detik 14 hari menjelang perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Sukarelawan Ekspo Dunia telah diadakan di Bund Shanghai pagi tadi.

Ketua Pengarah Bahagian Sukarelawan Ekspo Dunia 2010, Ma Chunlei berkata, jumlah keseluruhan pendaftaran sukarelawan mencapai lebih 610 ribu orang, pemilihan sukarelawan telah diselesaikan selepas 30 ribu kali temu duga. Sukarelawan kumpulan pertama untuk perkhidmatan Taman Ekspo Dunia dan Bandar Shanghai juga telah selesaikan mengikuti latihan kerja.

Menurut maklumat, dalam tempoh Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, seramai 70 ribu orang sukarelawan bagi Taman Ekspo, 130 ribu orang sukarelawan bagi pos perkhidmatan dan hampir 2 juta orang sukarelawan lagi bagi seluruh bandar akan bersama-sama dengan imej ceria dan ramah bagi mengalu-alukan pelancong dari dalam dan luar negara. Pada 20 haribulan April, semua sukarelawan tersebut akan bermula berkhidmat secara percubaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China