Ekspo Dunia 2010 Shanghai semalam mengadakan ujian kali kedua yang disertai kira-kira 50 ribu orang pengunjung.
Menurut Jabatan Penyelarasan Hal Ehwal Ekspo Dunia Shanghai, ujian dijalankan bagi memastikan penyelarasan pelbagai badan berkenaan, kemudahan dan perkhidmatan sukarelawan di dalam dan luar taman ekspo dunia.
Semalam, persembahan hiburan dihentikan sementara sempena hari perkabungan negara dan bendera kebangsaan China dikibarkan separuh tiang dalam taman ekspo dunia sebagai tanda dukacita kepada mangsa korban bencana gempa bumi Yushu.