Cari:
Kedutaan Besar China di Luar Negara Sibuk Sahkan Visa untuk Ekspo Dunia 2010
2010-04-23 15:14:20 CRI Cetak

Ekspo Dunia 2010 akan dirasmikan di Shanghai tidak beberapa hari lagi, dan pelbagai aktiviti promosinya sedang dijalankan dengan rancak. Di Jerman, topik ekspo dunia menjadi semakin hangat, dan warga Jerman semakin ramai yang datang ke Kedutaan Besar China di sana untuk memohon visa untuk melawat Ekspo Dunia 2010 di Shanghai.

Permohonan visa yang diterima oleh Kedutaan Besar China di Jerman meningkat dengan mendadak sejak awal tahun ini. Pihak pernah menerima lebih 1000 permohonan dalam tempoh sehari sahaja. Pengarah Jabatan Konsul Kedutaan Besar China di Jerman, Kaunselor Tang Wenjuan memaklumkan:

"Menjelang perasmian Ekspo Dunia 2010, permohonan visa meningkat dengan ketara. Dalam suku tahun pertama, lebih 40 ribu orang telah memohon visa di Kedutaan Besar kita, iaitu meningkat 16% berbanding dengan masa yang sama tahun lalu. Kehangatan ekspo dunia ini dapat dirasai di sini dengan ketara. Sementara itu, pihak kami juga menyediakan lebih banyak kemudahan kepada peserta ekspo dunia ini, termasuk pengguna pasport diplomatik, pasport rasmi serta petugas jangka pendek dan jangka panjang ke ekspo dunia ini. Selain itu, pihak kami juga telah mengubah suai tempoh berkesan visa ke China."

Kerajaan China telah mengubah suai tempoh sah laku visa untuk memudahkan orang asing yang terlibat dalam ekspo dunia di Shanghai ini. Misalnya, tempoh sah laku bagi pengguna visa yang berulang-alik beberapa kali dalam tempoh setengah tahun atau setahun telah dipanjangkan tiga hingga enam kali ganda berbanding dengan masa-masa yang lalu.

Berdasarkan statistik awal, dalam suku tahun pertama, tiga Jabatan Konsul China di Frankfurt, Munich dan Hamberg telah mengesahkan lebih 40 ribu visa ke China.

Sementara itu, urus niaga untuk melawat China yang ditangani oleh pelbagai syarikat pelancongan Jerman juga semakin banyak. Iva Petriva dari Syarikat Pelancongan Merkur Berhad memaklumkan bahawa:

"Kebanyakan visa yang diuruskan oleh syarikat kami adalah visa rasmi. Visa ke China untuk ekspo dunia yang kami uruskan meningkat dengan banyaknya baru-baru ini. Setiap hari, kami akan menerima 40 hingga 60 permohonan yang berkenaan. Kami jangka jumlah ini akan terus meningkat hingga selepas Ekspo Dunia 2010 ini dirasmikan pada bulan Mei nanti."

Encik Stefan Knoll dari Syarikat Pelancongan dan Perdagangan Taico Jerman memaklumkan bahawa permohonan visa ke China yang diuruskan oleh syarikatnya meningkat 20% dalam tempoh dua bulan yang lalu. Beliau berpendapat, ini disebabkan orang Jerman sangat berminat dengan Ekspo Dunia 2010 yang akan diadakan di Shanghai itu.

Sebenarnya, isteri encik Stefan Knoll ialah seorang warga China. Beliau telah melawat ke China lebih 200 kali, pengetahuannya tentang China tidak kurang daripada pengetahunannya tentang tanah airnya. Beliau juga menyatakan harapan agar ekspo dunia ini berjaya:

"Saya harap dengan adanya ekspo dunia ini, kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara Jerman dengan China dapat terus ditingkatkan. Ini dapat menarik perhatian lebih ramai pedagang Jerman terhadap China. Ini juga akan meningkatkan kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara dan mendorong orang Jerman memahami China dengan lebih baik."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China