Aktiviti yang bertema "bandar menjadikan kehidupan orang kurang upaya lebih baik" telah diadakan di Shanghai sempena "Hari Baca Buku Sedunia" semalam. Aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk membantu lebih ramai orang kurang upaya membaca buku dan bersama-sama mengunjungi Ekspo Dunia 2010 yang akan dirasmikan di Shanghai tidak lama lagi.
Selain itu, aktiviti "pertandingan karangan mengenai ekspo dunia orang kurang upaya" dan "kuiz tentang ekspo dunia" akan diadakan di Shanghai dalam tempoh ekspo dunia berlangsung. Seramai 940 ribu orang kurang upaya di Shanghai dijangka akan menyertai aktiviti tersebut.