Jabatan Kastam Shanghai menggubal rancangan khas untuk memudahkan wartawan asing yang mendaftar kepada Ekspo Dunia 2010 masuk dan keluar dari Shanghai, iaitu Jabatan Ekspo Dunia Shanghai menyediakan jaminan cukai terhadap kelengkapan liputan wartawan asing yang dibawa masuk ke Shanghai.
Menurut peraturan berkenaan, wartawan asing ketika memasuki China dengan membawa kelengkapan liputannya perlu membayar wang jaminan cukai kepada jabatan kastam dan diambil balik ketika keluar dari China. Mempertimbangkan tempoh Ekspo Dunia di Shanghai agak panjang dan pelancong terlalu ramai, Jabatan Kastam Shanghai menyusun rancangan tersebut untuk memudahkan wartawan asing masuk dan keluar dari Shanghai.