Cari:
Ekspo Dunia 2010 Shanghai Adakan Ujian Akhir
2010-04-26 12:21:28 CRI Cetak

Ekspo Dunia 2010 Shanghai mengadakan ujian operasi kali akhir hari ini yang disertai 400 ribu orang pelancong. Ini merupakan ujian dengan jumlah kehadiran pelancong paling ramai berbanding empat kali ujian sebelum ini. Angka ini sama seperti jumlah pelancong yang dijangka oleh pihak penganjur ketika majlis perasmian ekspo dunia berlangsung.

Kerja pemeriksaan keselamatan di laluan masuk taman, perkhidmatan sukarelawan, perkhidmatan makanan dan minuman, serta pengendalian peraturan berbaris telah semakin baik.

Pihak penganjur kini sedang berusaha memperbaiki perkhidmatannya bagi mengatasi masalah kesesakan ketika memasuki dewan-dewan pameran sehingga pengunjung terpaksa berbaris lama. Contohnya, kakitangan ekspo sendiri menguruskan tempahan tiket melawat Dewan China. Tindakan ini banyak mengurangkan masa berbaris para pelancong.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China