Siaran bahasa Mandarin dan Inggeris akan membuat liputan langsung radio dan internet. Program bahasa Mandarin akan disiarkan di New York, Perth, Melbourne melalui stesen radio FM tempatan. Sementara itu, CRI akan membuat siaran langsung video dalam 10 bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Melayu, Arab, Rusia, Perancis, Sepanyol, Portugal dan bahasa Itali. Selain itu, CRI juga akan membuat siaran langsung foto majlis perasmian menerusi internet dalam 20 bahasa asing termasuk bahasa Mongolia, Bangledesh, Nepal, Hindi, Tamil, Vietnam, Laos, Thailand, Melayu, Indonesia, Filipina, Myanmar, Turki, Persis, Pushtun, Kiswahili, Romania, Hungary, Jerman dan Esperanto. Radio FM 90.5 dan FM 91.5 juga akan membuat siaran langsung majlis perasmian tersebut.








