Cari:
IBC Ekspo Dunia 2010 Shanghai China Dirasmikan
2010-04-27 11:52:27 CRI Cetak

Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) Ekspo Dunia 2010 di Shanghai China dirasmikan hari ini. Ini menandakan perkhidmatan media ekspo kali ini dimulakan secara menyeluruh. IBC, Pusat Radio Televisyen Antarabangsa, Pusat Media Puxi dan Pusat Pendaftaran Media akan dibuka kepada para wartawan dari dalam dan luar negara.

Naib Ketua Pengarah Tetap Jabatan Promosi dan Perkhidmatan Media Ekspo Dunia 2010, Yang Zhenwu menyatakan, IBC merupakan keluarga bagi para wartawan sepanjang tempoh ekspo ini diadakan. Ia menyediakan perkhidmatan maklumat, wawancara dan teknik kepada mereka.

IBC ini luasnya 12 ribu meter persegi dilengkapi dengan bilik sidang akhbar, ruang kerja awam media, ruang kerja khas untuk media tertentu, pusat perkhidmatan bersepadu dan kawasan rehat wartawan. Ia mampu menampung kira-kira seribu wartawan untuk bekerja di sana pada satu-satu masa.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China