Cari:
Ujian bagi Ekspo Dunia di Shanghai Diadakan Enam Kali dengan Lancar
2010-04-27 11:17:47 CRI Cetak
Ujian bagi Ekspo Dunia 2010 di Shanghai telah diadakan dengan lancarnya sebanyak enam kali, iaitu dari 20 April hingga sekarang, manakala jumlah pelawat yang telah berkunjung ke Taman Ekspo Dunia ini sudah mencatat 1 juta. Tiada sekalipun kemalangan teknikal atau masalah kesemalatan makanan yang berlaku semasa ujian ini berlangsung. Ujian yang dilaksanakan dengan jayanya ini telah meletakkan asas yang baik untuk Ekspo Dunia 2010 di Shanghai ini.

Pihak penganjur Ekspo Dunia di Shanghai ini menyatakan bahawa ujian tersebut diadakan dengan tujuan untuk mencari kelemahan aspek kerja dan mengatasi masalah tersebut sebelum ekspo bermula.

Usaha untuk menerima pelancong secara teratur terus disempurnakan di Taman Ekspo Dunia ini, selepas mengadakan ujian sebanyak 6 kali, restoran untuk menyediakan makanan ringan demi menenuhi keperluan pengunjung telah ditambah. Usaha juga dibuat untuk memendekkan waktu berbaris bagi pengunjung dan membaiki sistem panduan dan tanda arah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China