Menjelang lawatannya ke China, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menyatakan kepada pemberita bahawa Perancis merasakan ekspo dunia yang dianjurkan di Shanghai ini amat besar maknanya. Oleh itu, beliau akan menghadiri upacara perasmian ekspo ini di Shanghai pada 30 April nanti.
Beliau juga memuji usaha China hingga berjaya mendapatkan hak untuk menganjurkan ekspo dunia ini dan pemilihan temanya, iaitu "Bandar Yang Lebih Baik Berikan Kehidupan Lebih Baik". Pada berpendapat beliau tema ini memperlihatkan pelbagai isu penting yang perlu dipertimbangankan oleh umat manusia pada masa ini.
Nicolas Sarkozy juga menyanjung tinggi hubungan rakan strategik yang menyeluruh antara Perancis dengan China dan berpendapat kedua-dua negara ini perlu bekerjasama untuk menghadapi cabaran pada abad ke-21 ini, termasuk mencegah pemanasan iklim, mengelakkan krisis kewangan daripada berlaku, mengubah kaedah pengurusan secara global serta mencegah krisis rantau yang serius.