Lebih 100 orang tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat Taiwan akan menghadiri upacara perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai nanti, termasuk Presiden Kehormat Kuomintang, Lien Chan, Wu Poh-Hsiung dan Presiden Parti Rakyat Pertama, Soong Chu-Yu. Presiden Hu Jintao akan mengadakan pertemuan dengan wakil utama mereka.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Fan Liqing dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau memaklumkan, Ekspo Dunia 2010 telah mendapat perhatian dan sokongan yang meluas dari pelbagai lapisan masyarakat Taiwan. Semua dewan pameran dari Taiwan beroperasi dengan lancar dalam percubaan yang dilakukan beberapa hari ini.