Jurucakap Pusat Media Ekspo Dunia 2010 hari ini mengeluarkan pengumuman bahawa 20 orang pemimpin tertinggi negara luar akan menghadiri upacara perasmian Ekspo Dunia 2010 malam esok. Antaranya termasuk Presiden Perancis, Nikolas Sarkozy, Presiden Republik Korea, Lee Myong-bak, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Pengerusi Jawatankuasa Kesatuan Eropah, Barroso. Selain itu, lebih 20 orang lagi tetamu penting dari luar negara akan turut menghadiri upacara perasmian tersebut.
Jurucakap Pusat Media Ekspo Dunia 2010 menyatakan, dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak, ekspo dunia ini telah pun siap sedia. China juga menantikan pertunjukan pelbagai pihak dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai ini.