Presiden China, Hu Jintao yang akan menghadiri majlis perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai telah mengunjungi Taman Ekspo Dunia ini pagi tadi.
Beliau juga mengunjungi Dewan Negara China dan beberapa dewan provinsi, termasuk Dewan Guangdong, Dewan Sichuan, Dewan Qinghai, Dewan Xinjiang dan Dewan Shanghai. Beliau turut melawat Dewan Arab Saudi, Dewan Perancis, Dewan Rusia, Dewan Kesatuan Afrika, Dewan A.S. dan Dewan Cahaya Hidup.