Cari:
Ekspo Dunia 2010 Berikan Kehidupan yang Lebih Baik
2010-04-30 16:56:31 CRI Cetak

Ekspo Dunia 2010 yang akan berlangsung selama 6 bulan ini akan dirasmikan di Shanghai malam ini. Sebanyak 246 buah negara dan pertubuhan antarabangsa akan mempamerkan teknologi dan kebudayaan masing-masing mengikut tema utama ekspo ini, iaitu "bandar yang lebih baik berikan kehidupan yang lebih baik." Hasil teknologi terkini yang dicapai oleh umat manusia dan kebudayaan pelbagai negara akan dihidangkan kepada para pengunjung di Taman Ekspo Dunia yang luasnya 5.28 kilometer persegi.

"Inovasi" merupakan semangat yang dipegang teguh dijunjung dalam Ekspo Dunia yang sudah bersejarah lebih seratus tahun ini, baik yang dianjurkan di negara Eropah, mahupun di rantau Amerika Utara dan Asia. Ini boleh dilihat daripada pelbagai jenis ciptaan baru umat manusia yang dipamerkan dalam ekspo-ekspo terdahulu, termasuk telefon dan alat perakam suara yang dipamerkan pada tahun 1878, televisyen dan robot pada tahun 1939 serta kereta api kelajuan tinggi menggunakan litar magnet yang dipamerkan dalam Ekspo Dunia di Aichi, Jepun pada tahun 2005. Dengan itu, pelbagai ciptaan baru itu mula diketahui umum, sehingga mengubah cara hidup kita.

Pembangunan bandar dan kehidupan di bandar menjadi tumpuan perhatian manusia pada zaman ini apabila lebih separuh daripada penduduk di dunia tinggal di bandar. Jadi, Ekspo Dunia 2010 yang bertema "bandar" ini dianggap selaras dengan arus zaman, sekali gus menyediakan pentas untuk mempamerkan teknologi dan konsep inovasi terkini. Bangunan yang boleh "bernafas", robot yang mampu bermain violin, dan konsep bandar tanpa pelepasan pencemaran antara pameran yang amat menarik di dewan pameran Jepun. Di dewan pameran Jerman pula, para pengunjung boleh menyaksikan teknologi yang dapat memastikan suhu udara bilik pada 25 darjah Selsius tanpa menggunakan sebarang alat penyaman udara. Hasil teknologi terkini ini pastinya akan memberikan kesan kepada kehidupan umat manusia pada masa depan.

 

Sementara itu, Ekspo Dunia juga merupakan wadah penting untuk interaksi antara budaya pelbagai negara. Patung ukiran "ikan duyung" dari Denmark, lukisan klasik dari Perancis dan karya seni dari pelbagai negara lain akan turut dipamerkan dalam ekspo ini. Sebagai tuan rumah, China juga tidak ketinggalan dalam mempamerkan budaya sendiri yang sudah bersejarah 5000 tahun dengan membawa banyak khazanah yang amat bernilai ke ekspo ini.

China merupakan negara membangun yang pertama menganjurkan Ekspo Dunia. Selepas dipilih sebagai tuan rumah bagi Ekspo Dunia 2010, China telah membuat kerja persiapan dengan bersungguh-sungguh dalam masa 8 tahun yang lalu. Walaupun mengalami kesan negatif daripada krisis kewangan global, namun pelbagai pihak tetap aktif menyertai ekspo ini kerana ia merupakan satu "perhimpuan besar" bagi umat manusia dalam untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

"Ekspo Dunia tetap merupakan langkah manusia ke tahap yang lebih tinggi tidak kira ia diadakan dengan skop yang besar ataupun kecil." Inilah penghargaan yang diberikan oleh Mantan Presiden A.S., William Mchinley kepada Ekspo Dunia. Ekspo Dunia 2010 yang buat pertama kalinya diadakan di negara membangun ini dipercayai akan mendapat perhatian seluruh dunia, dan menjadi wadah penting untuk mempromosi hasil teknologi dan konsep terkini, di samping menjadi wadah interaksi antara pelbagai jenis budaya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China