Upacara perasmian Ekspo Dunia 2010 akan diadakan di Shanghai malam ini. Kerja-kerja persiapan untuk perasmian ekspo ini sudah pun selesai.
Upacara perasmian akan diadakan pada pukul 8.10 malam ini di Taman Ekspo Dunia yang terletak di tebing sungai Huangpu. Upacara ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu persembahan kesenian untuk upacara perasmian diadakan di pusat budaya Ekspo Dunia, manakala pembakaran dan persembahan bunga api pula akan diadakan di kedua-dua belah tebing sungai Huangpu.
Taman ini telah siap untuk digunakan bagi upacara perasmian yang pastinya meriah ini. Sistem lalu lintas yang kemas di bandar Shanghai ini juga sudah siap dan urusan lalu-lintasnya sudah boleh berjalan dengan lancar. Kesemuanya ini untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung dari pelbagai negara di dunia yang melawat ekspo ini.