Cari:
Taman Ekspo Dunia 2010 Shanghai China Dibuka kepada Pelawat dari Seluruh Dunia
2010-05-01 09:04:23 CRI Cetak

Majlis pembukaan Taman Ekspo Dunia 2010 Shanghai China telah diadakan pagi tadi. Ini bermakna taman ini sudah dibuka kepada para pelawat dari seluruh dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin dan Pengerusi Biro Pameran Antarabangsa, Jean-Pierre Lafon bersama-sama menekan butang, simbolik kepada rasminya pembukaan Taman Ekspo Dunia ini. Setiausaha Agung Biro Pameran Antarabangsa, Vicente Loscertales mengucapkan terima kasih kepada China, para peserta pameran serta petugas dan sukarelawan dari seluruh dunia. Beliau juga menyatakan bahawa ekspo dunia kali ini akan memperlihatkan kemajuan umat manusia dan menggalakkan pembaikan bandar pada masa depan.
Jia Qinglin berharap agar semua pelawat dapat merasa kebanggaan yang dibawa oleh Ekspo Dunia 2010 ini kepada Shanghai dan China.

Ekspo Dunia 2010 Shanghai China telah menarik 246 buah negara dan pertubuhan antarabangsa untuk menyertainya. Ia akan berlangsung hingga 31 Oktober dan dijangka akan menarik lebih 70 juta pelawat dari seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China