Cari:
Ekspo Dunia 2010 Shanghai China Berjalan Lancar pada Hari Pertama
2010-05-01 15:19:00 CRI Cetak

Ekspo Dunia 2010 Shanghai China berjalan dengan lancar pada hari pertama. Mengikut data yang disediakan, setakat pukul 11 tengah hari tadi, lebih 160 ribu pelawat telah memasuki Taman Ekspo Dunia ini.

Para pelawat berbaris dengan teratur untuk mengunjungi pelbagai dewan pameran. Pemeriksaan keselamatan di pintu masuk hanya mengambil masa 20 saat sahaja. Lalu lintas dalam taman bertambah lancar.

Pegawai-pegawai kanan dari luar negara, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Durao Barroso telah mengunjungi beberapa dewan pameran dalam taman ini pagi tadi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China