Dengan pembukaan Taman Ekspo Dunia pada pagi tadi, Pameran dan Persembahan Ekspo Dunia 2010 selama setengah tahun juga bermula.
Hari ini, lebih 50 persembahan diadakan dalam Taman Ekspo Dunia ini. Antaranya termasuk persembahan kongfu Shaolin, akrobatik, opera dari pelbagai tempat di China, dan juga persembahan nyanyian dan tarian dari Republik Korea, Rusia, Turki dan negara-negara lain. Di samping itu, perarakan kereta berhias yang meriah pula akan diadakan pada tengah hari dan malam dalam taman ini.
Sepanjang tempoh Ekspo Dunia 2010 ini, pelbagai persembahan yang gilang gemilang akan dipertunjukkan setiap hari dalam Taman Ekspo Dunia ini mulai pukul 9.30 pagi hingga 10.00 malam.