Cari:
Ekspo Dunia 2010 di Shanghai Mula Menerima Pengunjung
2010-05-01 17:11:40 CRI Cetak

Pada pukul 8.30 pagi tadi, upacara pembukaan taman Ekspo Dunia 2010 di Shanghai telah diadakan. Dalam tempoh 184 hari yang akan datang, dijangka sebanyak lebih 70 juta orang pelawat dari dalam dan luar negara akan mengunjungi ekspo ini untuk menyaksikan kekayaan budaya manusia, serta teknologi yang maju. Pihak penganjur, peserta dan pekerja telah bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pengunjung.

Dalam upacara perasmian taman ini pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin dan Presiden Biro Eksposisi Antarabangsa (BIE), Jean-Pierre Lafon telah menekan butang untuk membuka taman ekspo bersama-sama.

Ketua Setiausaha BIE, Vicente Loscertales mengucapkan terima kasih kepada China, para peserta, pekerja dan sukarelawan terlebih dahulu. Kemudian, beliau menyatakan harapannya agar masyarakat antarabangsa bekerjasama dalam 6 bulan yang akan datang untuk mewujudkan sebuah pesta yang menarik, dan mengadakan perbincangan yang membina tentang pembangunan bandar pada masa depan secara damai. Kata beliau,

"Ekspo Dunia 2010 di Shanghai adalah pesta besar bagi memperlihatkan hasil kemajuan manusia. Ia akan menggalakkan kita serta keturunan kita untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita 'Bandar yang lebih baik, berikan kehidupan yang lebih baik'. Mula saat ini hingga 31 Oktober nanti, ekspo ini bukan sahaja boleh memberikan pengetahuan, rekreasi dan persembahan yang menarik kepada para pengunjung, tetapi juga akan merangsangkan pembaharuan bandar, dan meletakkan asas untuk membina bandar yang lebih baik pada masa depan. Saya yakin, ekspo kali ini akan menjadi ekspo dunia yang paling berjaya, paling menarik dan tidak boleh dilupakan dalam sejarah, dan pasti akan meninggalkan kenangan yang indah kepada semua pengunjung."

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin juga menyampaikan ucapan, mengalu-alukan tetamu yang datang untuk menyaksikan kegemilangan ekspo dunia ini. Kata beliau,

"Sekarang, kita berkumpul di Taman Ekspo Dunia Shanghai untuk menikmati pameran yang istimewa di pelbagai dewan, mengetahui hasil sains dan teknologi yang beraneka ragam, menyertai pelbagai forum yang penuh bijaksana, dan menonton persembahan yang menarik. Para pengunjung pasti akan membawa pulang kenangan yang manis selepas mengunjungi taman ekspo ini. Marilah, kita sama-sama menyaksikan kegemilangan Taman Ekspo Dunia Shanghai 2010."

Untuk menerima pengunjung yang akan datang dari dalam dan luar negara, pihak penganjur telah mengadakan persiapan yang rapi. Pihak penganjur telah membuat ujian sebanyak 6 kali pada penghujung April untuk memeriksa kemudahan, serta tahap kerja pemeriksaan keselamatan dan perkhidmatan di sini.

Ketua Pasukan Sukarelawan Taman Ekspo Dunia Shanghai, Encik Xia Kejia memaklumkan kepada wartawan bahawa mereka akan menambah atau mengurangkan jumlah sukarelawan mengikut keperluan yang sebenar dan meningkatkan latihan kepada sukarelawan, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih profesional dan lebih baik kepada para pengunjung. Katanya,

"Kami akan menambah atau mengurangkan jumlah sukarelawan, dan mengoptimumkan kerja berdasarkan keperluan yang sebenar, untuk menjamin agar ada sukarelawan yang cukup. Sementara itu, kami akan meningkatkan latihan bagi sukarelawan. Semua sukarelawan perlu datang untuk menerima latihan amali dua hari sebelum mula berkhidmat. Kami juga akan memberikan lebih banyak sokongan maklumat kepada sukarelawan supaya mereka boleh menjawab pertanyaan para pengunjung dengan lebih baik."

Ekspo dunia kali ini bertema "Bandar yang lebih baik, berikan kehidupan yang lebih baik". Sejumlah 246 negara dan pertubuhan antarabanghsa menyertai ekspo kali ini. Dalam 6 bulan yang akan datang, para pengunjung dapat menonton pameran tentang kepelbagaian budaya dan sains dan teknologi yang termaju di dunia, dan berpeluang menonton lebih daripada 20 ribu persembahan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China