Pegawai Kedutaan Besar China ke Timor Leste dan anggota pasukan pengaman China ke negara itu telah mengikuti upacara perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai malam tadi dari jauh. Mereka mengucapkan syabas kerana perasmian ekspo dunia ini.
Sehubungan dengan itu, Duta Besar China ke Timor Leste, Fu Yuancong melahirkan rasa bangganya sebagai seorang warga China.
Petugas pasukan pengaman China ke Timor Leste, Guan Zeping pula berkata, beliau sungguh kagum dan tajub menyaksikan upacara perasmian yang begitu meriah ini dan ucapan Pengerusi Jabatan Pameran Antarabangsa, Jean-Pierre Lafon dalam bahasa Mandarin dalam majlis itu.