Cari:
Media Luar Negara Memuji Upacara Perasmian Ekspo Dunia di Shanghai
2010-05-01 14:06:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertunjukan air pancut dan bunga api telah diadakan sempena perasmian Ekspo Dunia 2010 di Shanghai malam tadi.  Upacara perasmian Ekspo yang gilang gemilang telah mendapat liputan media dari pelbagai negara antaranya Singapura dan Kemboja, Denmark, Czech, Romania, Algeria, Perancis. Media-media tersebut menyatakan bahawa upacara yang berlangsung itu amat meriah, memperlihatkan penciptaan baru, dan memang dinanti-nantikan oleh rakyat di seluruh dunia.

Upacara perasmian Ekspo Dunia di Shanghai ini telah dilaporkan oleh stesen radio dan TV Singapura. Upacara ini juga menjadi berita muka pertama akhbar bahasa Inggeris Singapura "Strait Times" hari ini. Akhbar edisi bahasa Mandarinnya " Lianhe Zaobao" hari ini telah menerbitkan rencana pengarang yang khusus tentang Ekspo Dunia di Shanghai ini dan upacara perasmian ekspo ini pula dilaporkan di muka pertamanya. Menurut laporan tersebut, tema Ekspo Dunia di Shanghai ini menggabungkan gaya hidup manusia pada masa depan dan impian China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China