Cari:
Ekpso Dunia Mendapat Penghargaan Tinggi daripada Mayarakat Antarabangsa
2010-05-02 15:59:20 CRI Cetak

Ekspo Dunia 2010 Shanghai yang bertema "bandar yang lebih baik berikan kehidupan yang lebih baik" mula menerima kunjungan orang ramai semalam. Ekspo yang melibatkan penyertaan lebih 200 buah negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa ini dianggap satu pentas penting bagi memperlihatkan kebudayaan dan kemajuan terkini yang dicapai oleh manusia dalam sains dan teknologi. Ekspo Dunai 2010 di Shanghai turut mendapat penghargaan yang tinggi daripada pelbagai negara, kerana ia menyediakan wadah kepada negara-negara di dunia untuk berinteraksi dan saling mempelajari.

Ketika menyebut tentang tema utama ekspo kali ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Migrasi Antarabangsa, William Lacy Swing berkata:

"Saya berasa amat bangga untuk Ching dan Shanghai kerana penganjuran ekspo ini. Tema utama ekspo ini amat bermakna bagi kami, iaitu sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab atas hal ehwal emigrasi di seluruh dunia. Kini, perpindahan penduduk lebih kerap berlaku di lingkungan sejagat. Jumlah penduduk yang berhijrah ke negara asing melebihi 21.4 juta orang di dunia dalam masa setahun, dan kebanyakan mereka berpindah ke bandar untuk mencari kerja. Oleh yang demikian, 'bandar yang lebih baik berikan kehidupan yang lebih baik' merupakan tema utama yang amat sesuai bagi ekspo ini. Kami dengan sukacita menyertai Ekspo Dunia di Shanghai dan berharap boleh mengunjungi ekspo ini dengan segera."

Ketua Pengarah Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO), Juan Somavia pula berkata, bandar Shanghai amat sesuai untuk menganjurkan ekspo dunia kerana bandar ini bukan sahaja mempunyai sejarah yang lama, tetapi juga sebuah bandar yang amat dinamik dan penuh inovasi. Di samping itu, tema utama ekspo ini berjaya mencerminkan masalah utama yang perlu diselesaikan dalam proses urbanisasi. Kata beliau:

"Memastikan pekerjaan yang bermaruah merupakan tugas utama kami. Pekerjaan yang bermaruah merupakan jaminan asas bagi mereka yang berhijrah, menetap, bekerja dan menerima pendidikan di bandar."

Pemimpin pelbagai negara juga memberikan perhatian besar kepada perasmian dewan pameran masing-masing dalam Ekspo Dunia di Shanghai ini. Jabatan Negara A.S. telah mengadakan sidang akhbar khas untuk perasmian dewan pameran negaranya dalam Ekspo Dunia. Setiausaha Negara Hilary Cliton dalam sidang akhbar itu melahirkan harapannya agar Ekspo Dunia di Shanghai ini membantu mempereratkan lagi hubungan China-A.S. Kata beliau:

"Saya akan melawat Ekspo Dunia di Shanghai dalam tempoh Dialog Strategi dan Eknonomi China-A.S. Ke-2 nanti. Saya yakin, program kerjasama dan pertukaran lawatan di kalangan rakyat yang kita usahakan selama ini tetap merupakan asas bagi perkembangan hubungan antara kedua-dua negara."

Ketika berucapa dalam upacara perasmian pavilion Belgium-Kesatuan Eropah, Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Barroso berkata, Kesatuan Eropah tetap mengutamakan hubungan dengan China dan berharap dapat mengambil peluang daripada ekspo ini untuk terus meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Kata beliau:

"Ini merupakan kali pertama bagi Kesatuan Eropah menyertai Ekspo Dunia yang diadakan di negara bukan Kesatuan Eropah. Hal ini membuktikan keperihatinan pihak kami terhadap perkembangan hubungan rakan kerjasama strategik dengan China."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China