Taman Ekpso Dunia Shanghai menerima kunjungan kira-kira seramai 563 ribu orang pengunjung dalam tiga hari pertama ekspo itu diadakan. Menurut Ketua Jabatan Penyelarasan Ekspo Dunia Shanghai, Hong Hao, pihaknya akan berusaha menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi serta lebih banyak khemah pelindung cahaya matahari kepada para pengunjung, di samping memendekkan masa pemeriksaan keselamtan.
Menurut pihak penganjur, tempoh percutian sempena Hari Pekerja, Hari Kebangsaan, dan seminggu sebelum ekspo ini berakhir merupakan tempoh puncak kunjungan ke ekspo ini. Pihak penganjur akan menghadkan jumlah pengunjung dalam tempoh puncak yang selama 17 hari itu.