Besok, 9 Mei ialah "Hari Eropah" Eskpo Dunia 2010 di Shanghai. Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk menyambut hari itu.
Lebih 500 orang daripada 23 buah rombongan kesenian tradisional dari Eropah akan mengadakan perarakan dengan pakaian yang cantik di Taman Ekspo Dunia. Pelbagai aktiviti yang menarik akan memberikan peluang bagi para pengunjung untuk menikmati budaya Eropah secara menyeluruh. Selain itu, di Lapangan Eropah Ekspo Dunia akan diadakan Pesta Malam Muzik Eropah. 4 orang seniman dari muzik yang berbeza gayanya itu akan mempersembahkan kepelbagaian muzik Eropah kepada penonton.








