Cari:
Kehidupan Penduduk Kawasan Bencana Gempa Sichuan Kembali Kepada Normal
2010-05-12 16:46:49 CRI Cetak

Hari ini merupakan ulang tahun ke-2 bencana gempa bumi "12 Mei" di Sichuan, China. Mangsa bencana yang mengalami kesengsaran sudah dapat mengatasi kesukaran dan sedang bertungkus lumus membina semula kampung halaman mereka yang baru.

Gempa bumi dahsyat berukuran 8 pada skala Richer melanda provinsi Sichuan, bahagian baratdaya China pada pukul 2.28 petang 12 Mei tahun 2008. Seramai 69,227 orang terkorban, manakala 17,923 orang masih dilaporkan hilang dalam bencana gempa tersebut. Selain itu, kerugian ekonomi akibat bencana tersebut mencapai lebih 845 bilion yuan RMB.

Walau bagaimanapun, semua rakyat China bersatu padu menghadapi kesusahan ini. Sebanyak 19 buah provinsi atau bandar di seluruh negara menjalinkan hubungan rakan kerjasama dengan kawasan bencana untuk membantu mereka menjalankan projek pembinaan semula. Setakat ini, 97% daripada lebih 29 ribu projek yang disenaraikan dalam rancangan pembinaan semula kerajaan sedang dijalankan, manakala 70% daripada pelaburan keseluruhan, iaitu 660 bilion yuan RMB telah diperuntukkan dalam projek pembinaan semula di kawasan bencana Sichuan.

Pembinaan rumah bagi penduduk tempatan merupakan "projek utama" dan patut dibina dengan mematuhi piawaian pertahanan gempa bumi yang amat ketat. Lebih 1.45 juta rumah petani dan lebih 250 ribu rumah penduduk bandar sudah siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas bencana gempa.

Rumah baru kepada Yang Fugui, seorang petani di kampung Xuanlang, Pekan Jinhua, bandar Mianzhu telah dibina selepas dilanda bencana gempa. Rumah baru ini seluas 120 meter persegi. Selain daripada 40 ribu yuan yang disediakan oleh kerajaan, perbelanjaan lain untuk membina rumah yang baru itu ditambah menggunakan wang mereka sendiri ekoran peningkatan pendapatan keluarganya. Kata beliau,

"Pembinaan semula memerlukan tenaga buruh. Gaji saya lebih tinggi berbanding gaji sebelum dilanda gempa bumi. Kini saya memperoleh lebih kurang 60 ribu yuan setahun melalui jual beli bahan pembinaan."

Ketua Jabatan Jaminan Sosial Sumber Tenaga Manusia Sichuan, Ye Zhuang memberitahu wartawan bahawa keperluan terhadap jumlah tenaga pekerja meningkat dengan banyaknya seiring dengan beberapa projek yang telah dimulakan dalam proses pembinaan semula. Kata beliau,

"Kawasan bencana telah menerima modal sebanyak 1.7 bilion yuan untuk menyelesaikan masalah pengangguran dalam tempoh dua tahun ini. Hampir 1.6 juta penduduk kawasan bencana telah mendapat peluang kerja setakat ini."

Industri pelancongan telah dikenalpasti sebagai sektor keutamaan oleh kerajaan provinsi Sichuan. Ramai petani dapat mengamalkan kehidupan yang lebih selesa melalui penanaman ceri merah dan teh serta penghasilan kraftangan tradisional.

Pekan Shuimo yang terletak di kaunti Wenchuan telah menjadi destinasi pelancongan yang mempunyai ciri etnik Qiang. Yuan Caixue, seorang petani etnik Qiang di pekan tersebut membuka perniagaan restoran pada pertengahan April lalu. Beliau berjaya memperoleh pendapatan lebih 10 ribu yuan dalam tempoh lebih sebulan sahaja. Kata beliau,

"Jumlah pelancong begitu ramai terutamanya pada 1,2 dan 3 Mei lalu kerana cuti Hari Pekerja. Saya memperoleh pendapatan bersih sebanyak lebih 10 ribu yuan dalam tempoh lebih satu bulan sahaja."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China