Cari:
Pembangunan Semula 1.45 Juta Buah Rumah Penduduk di Kawasan Bencana Gempa Bumi Sichuan Siap Dibina
2010-05-12 12:11:58 CRI Cetak
Hari ini hari peringatan ulang tahun ke-dua bencana gempa bumi di Wenchuan, Provinsi Sichuan "5• 12". Dalam tempoh dua tahun yang lalu, hasil kerja pembangunan semula di kawasan bencana gempa bumi Sichuan amat berkesan, dengan pembinaan semula lebih 1.45 juta buah rumah petani telah disiapkan. 97.2% projek di kawasan gempa bumi itu dari 29,704 buah projek yang disenarakan dalam rancangan pembangunan semula peringkat negara telah dimulakan pembangunan semulanya.

Kerajaan China telah menguntukkan wang sebanyak 194.924 bilion Yuan RMB kepada Tabung Pembangunan Semula Pasca Bencana Gempa Bumi dalam tempoh dua tahun lalu. Di samping itu, kerajaan juga menguntukkan dana khusus lebih 1.7 bilion Yuan RMB bagi menangani masalah pekerjaan, 700 juta Yuan RMB untuk insurans pengangguran di kawasan bencana gempa bumi Sichuan. Selain itu, lebih 1000 kali temu duga pekerjaan kerja diadakan untuk penduduk kawasan bencana, manakala hampir 900 ribu orang telah menerima latihan vokasional dan 1.6 juta orang mendapat semula pekerjaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China