Persembahan tarian "Satu Malaysia" dipersembahkan bermula pukul 10.30 pagi setiap hari di pentas berhampiran Pavilion Malaysia di kawasan B dalam Taman Ekspo Dunia Shanghai. Ramai pengunjung dalam dan luar negara yang tertarik oleh persembahan yang cukup menarik dan istimewa itu.
Ketua kumpulan tarian Malaysia, Saiful Amry Annuar yang juga kakitangan bahagian perkhidmatan pelancongan dari Kementerian Pelancongan Malaysia ketika diwawancara wartawan CRI menyatakan semua anggota kumpulan tarian tersebut adalah kakitangan Kementerian Pelancongan Malaysia, bukanlah penari profesional. Kata beliau,
"Pavilion Malaysia bersembahkan tarian daripada Malaysia secara asli seperti zapin, lagu India, lagu China, lagu Sabah dan Sarawak. Kami adalah sepenuh masa kakitangan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kami dilatih untuk membuat persembahan di sini. Kami bukanlah penari profesional. Tempoh latihan selama lebih kurang enam bulan. Semestinya kita tidak memandang kepada hanya satu-satu kaum sahaja, maka dari segi persembahan kami mencampurkan semua jenis etnik dan bangsa yang ada di Malaysia untuk mencermikan slogan Satu Malaysia."
Kaum Melayu yang ramah tamah sungguh pandai menyanyi dan menari. Walaupun mereka mengadakan persembahan lebih daripada empat jam pada setiap hari, tetapi mereka masih mampu memenuhi permintaan ramai pengunjung untuk bergambar bersama-sama selepas persembahan berakhir. Mereka memberikan senyuman yang manis kepada semua pengunjung. Kakitangan Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Noraida Azmi memberitahu wartawan bahawa mereka sangat menghargai masa ketika berada di taman ekspo dan berasa selesa kerana dapat berkomunikasi dengan para pengunjung. Kata beliau,
"They all friendly. Kita paling suka budak-budak, semua muka dan pipi macam epal. Selepas itu, aunt-aunt suka join, budak-budaknya seronok, mereka pun suka menari."
Anggota kumpulan tarian tersebut berasa amat teruja dapat menyertai ekspo dunia kali ini dan berkesempatan untuk mengunjungi pavilion-pavilion lain dalam taman ekspo pada masa lapang untuk menghayati kebudayaan dan tamadun lain di dunia. Safura Uya berkata,
"Setakat ini, kita telah pergi ke pavilion New Zealand, Filipina, Kemboja. Semua pavilion nice. Semua ada ciri-ciri tersendiri. Semua menarik.So tak tahu yang mana satu lebih menarik. Nak ikutkan kalau dari segi rupa bentuk Malaysia nampak lebih kepada ketimuran."
Dalam tempoh hampir setengah bulan di Shanghai, muda-mudi kumpulan tarian tersebut sentiasa menunggu peluang untuk bersiar-siar ke luar taman ekspo. Antaranya, untuk melihat panda merupakan hasrat paling mendesak mereka. Hasrat mereka akhirnya menjadi kenyataan semalam. Mereka tidak dapat menahan perasaan dan terus bersorak ketika melihat seekor panda sedang makan epal di Taman Zoo Shanghai.
Menurut Saiful Amry Annuar, mereka hanya melihat imej panda dalam filem "Kungfu Panda" sebelum datang ke China. Katanya, selepas ini mereka merancang mengunjungi bandar Shanghai untuk menyaksikan bagaimana suasana kehidupan penduduk di bandar raya yang menarik ini.