Cari:
Latihan Sukan Orang Kurang Upaya Asia 2010 di Guangzhou Dimulakan
2010-05-16 16:23:03 CRI Cetak
18 buah Pusat Latihan Temasya Sukan Orang Kurang Upaya Asia 2010 telah dirasmikan di Guangzhou pada hari ini. Ini menandakan kerja latihan untuk temasya sukan itu dimulakan secara menyeluruh.

18 buah pusat latihan tersebut terdiri daripada institusi-institusi yang berkaitan dengan orang kurang upaya di bawah Persatuan Orang Kurang Upaya Guangzhou. Dengan bantuan Jawatankuasa Penganjur Sukan Orang Kurang Upaya Asia 2010 di Guangzhou, mereka akan mengadakan kursus untuk kakitangan jawatankuasa itu dan sukarelawan supaya mereka dapat menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada atlet orang kurang upaya nanti.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China