
Forum "Teknologi Maklumat dan Pembangunan Bandar" Ekspo Dunia Shanghai berakhir di Ningbo hari ini. Para peserta dari dalam dan luar negara China telah berkongsi pengalaman praktikal dan tanggapan mereka terhadap teknologi maklumat yang baru.

Naib Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong dalam upacara penutupan forum tersebut menyatakan, usaha inovasi teknologi maklumat dan penggunaannya dalam pembangunan bandar dapat mewujudkan pembangunan bandar secara berterusan, bahkan menjadikan kehidupan manusia bertambah baik. Teknologi yang baru telah dipamerkan di lingkungan taman Ekspo Dunia Shanghai dan di dalam beberapa pavilion. Laman sesawang Ekspo Dunia Shanghai menjadi wahana yang baik bagi pelayar sedunia untuk mengetahui bahkan melibatkan diri dalam Ekspo Dunia. Teknologi maklumat menjadikan Ekspo Dunia Shanghai lebih berefsisenan dan cemerlang.









