Wakil dari restoran di Taman Ekspo Dunia hari ini berkata, mereka akan berusaha mengurangkan pelepasan karbon semasa pembelian, pemprosesan,pemasaran serta pungutan sampah. Katanya, mereka akan mempromosi budaya pengguna yang bertamadun dan melindungi alam sekitar.
Kini, banyak restoran di kawasan Taman Ekspo Dunia sudah berjaya mewujudkan konsep perlindungan alam sekitar dan rendah karbon melalui tindakan praktikal. Misalnya ada restoran sedang menggunakan kerusi dan meja yang diperbuat daripada barangan buangan serta mencuba penjanaan kuasa elektrik daripada sampah untuk menggalakan pengitaran semula sumber alam.