Jabatan Penyelarasan Hal Ehwal Ekspo Dunia Shanghai mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menerangkan mengenai tiket ekspo di Shanghai serta siasatan yang telah dijalankan polis terhadap kes pemalsuan tiket taman Ekspo Dunia yang berlaku 26 Mei lalu.
Pihak polis akan terus membanteras kegiatan pemalsuan tiket Ekspo Dunia dan penjualannya untuk memelihara peraturan jualan tiket. Pihak penganjur Ekspo Dunia Shanghai menasihati para pelancong supaya membeli tiket melalui saluran yang betul. Maklumat terperinci pembelian tiket boleh diketahui melalui laman web Ekspo Dunia Shanghai, iaitu www.expo2010.cn..