Forum Ekspo Dunia 2010 kedua yang bertema "Pembaharuan Bandar dan Warisan Budaya" bermula hari ini di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu, China. Naib Setiausaha PBB, Sha Zukang dan Naib Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Han D'Orville telah menghadiri forum itu dan menyampaikan ucapan.
Dalam forum yang akan berlangsung selama dua hari itu, seramai lebih 600 orang pegawai kerajaan, wakil pertubuhan antarabangsa, tokoh budaya terkenal dari hampir 20 buah negara dan kawasan akan membincangkan kaedah memelihara warisan budaya dalam pembangunan dan pembaharuan bandar, serta berkongsi pengalaman tentang usaha mewariskan budaya.
Dalam upacara perasmian forum tersebut, Menteri Kebudayaan China, Cai Wu menyatakan bahawa China akan meningkatkan usaha untuk memelihara budaya di bandar, dan berusaha membangunkan "bandar harmoni yang dapat memenuhi keperluan penduduk, sekali gus membangunkannya dengan sumbangan penduduk".