Setakat pukul 8.00 malam tadi, jumlah pengunjung ke Ekspo Dunia 2010 Shanghai telah mencapai 16.59 juta orang.
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Shanghai, Xu Jianguang memaklumkan semalam bahawa menghadapi kedatangan pengunjung yang ramai dan musim panas, Shanghai melaksanakan 6 langkah kesihatan. Langkah tersebut termasuk, menambah jumlah pos rawatan, meningkatkan kemampuan rawatan kecemasan, meningkatkan pencegahan dan kawalan terhadap penyakit berjangkit dalam Taman Ekspo Dunia serta meningkatkan penyeliaan kesihatan awam secara menyeluruh.