Jumlah pelancong yang melawat Taman Ekspo Dunia 2010 di Shanghai pada bulan Jun ini dijangka melebihi 13 juta orang. Taman Ekspo Dunia telah pun lulus ujian puncak pengaliran pelancong yang baru, dengan jumlah pelancong yang melawat taman tersebut melebihi 550 ribu orang sehari.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Biro Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, Hong Hao dalam sidang taklimat hari ini.
Beliau berkata, pada 26 Jun lalu, jumlah pelancong di Taman Ekspo Dunia Shanghai mencipta rekod baru, iaitu 553 ribu lima ratus orang.
Menurut beliau, taman ekspo mengekalkan keadaan operasi yang stabil dan teratur pada bulan Jun, dengan penggunaan kemudahan pelbagai jenis pavilion, kerja jaminan perkhidmatan dan penyelamatan serta layanan pelbagai aktiviti semuanya dijalankan dengan lancar. Selain itu, keadaan kebersihan persekitaran di taman tersebut juga dilindungi dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang kejadian kecemasan yang besar tentang dan keselamatan dan makanan.