Sempena cuaca panas bulan Julai, langkah-langkah bagi mencegah strok haba di Taman Ekspo Dunia Shanghai telah ditingkatkan. Pihak penganjur pula akan menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra kepada pengunjung.
Dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, Pengarah Jabatan Ekspo Dunia Shanghai, Hong Hao berkata, terdapat lebih 17 ribu kerusi dan lebih 12 ribu payung penahan cahaya matahari di taman ekspo dunia. Pihaknya juga akan meredakan ketidakselasaan pengunjung akibat cuaca panas dengan memasang kipas elektrik, kemudahan penyembur dan paip air minuman serta menambah kedai bergerak yang menjual minuman sejuk. Selain itu, pihak penganjur juga akan menyempurnakan pelan kecemasan, dan meningkatkan kekerapan membuat ramalan cuaca.